27 August 2014

Atasi Masalah Gusi Bengkak

Anda mempunyai masalah gusi bengkak.? Masalah gusi bernanah atau dental abcess kerap berlaku bukan hanya di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak. Sakit yang amat sangat,berdenyut-denyut dan sampai tidak tidur malam .


Antara rawatan yang boleh dilakukan 


  • Dapatkan pemeriksaan doktor gigi yang diiktiraf bagi mendapatkan ubat yang betul-betul spesific bagi masalah yang dihadapi.
  • Masalah gusi bernanah boleh berpunca dari dua sebab yang berbeza sama ada dari masalah gigi yang mati atau masalah gusi yang tidak bersih.
  • Masalah ini boleh dirawat sama ada dengan cara RCT,dental scalling atau cabutan.
  • Masalah bengkak gusi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak boleh dirawat dengan cara membuat rawatan akar separa 'palpotomy'-meletak ubat didalam salur akar bagi mengelakkan kehilangan gigi yang terlampau awal.
  • Gigi yang tengah sakit dan bengkak tidak boleh dicabut terus pada hari yang sama,pesakit dinasihatkan perlu menghabiskan ubat antibiotik terlebih dahulu baru boleh gigi di cabut.



Punca & Cara Cegah

  • Bengkak gusi berpunca dari kotoran (plak, karang gigi).. 
  • Untuk mencegah bengkak gusi, pastikan kotoran yang terdapat pada gigi diberus setiap 2 kali sehari, dengan cara yang efektif (semua permukaan gigi kene berus). 
  • Ada juga celah2 gigi yang tidak tercapai oleh berus gigi, maka hendaklah menggunakan floss (tali macam benang tu, JANGAN guna benang) untuk keluarkan sisa makanan pada celah gigi. 
  • Bengkak gusi juga boleh terjadi akibat lubang /karies gigi yang dibiarkan (tidak ditampal....) 
  • Berkumur dengan air garam suam dapat membantu mengecutkan bengkak gusi. buat 3 kali sehari
  • Letak cengkih berkesan untuk mengurangkan sakit gigi yang berlubang ( jangkamasa pendek) 


Supplement Cadangan Untuk Gusi Berdarah




↑↑↑
Boleh klik pada gambar untuk belian secara kad kredit / debit kad 


  • Vita-C Plus
Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.
  • Ostematrix
Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. OsteMatrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Untuk ibu hamil dan ibu menyusu juga perlu memastikan  kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil dan menyusu mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam.

  • Garlic Complex
Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan oleh ibu hamil di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.  Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria.  

Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian pengambilan Garlic Complex di awal kehamilan dan juga bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan.



Untuk Lebih Penjimatan Hubungi saya :

Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946



20 August 2014

Kehamilan - Shaklee

Hari ini Farah nak kongsi cikit tentang masalah yang sering berlaku ketika hamil.Semua kaum wanita yang sedang hamil pasti mempunyai masalah yang tersendiri. Tak kira lah wanita tersebut mempunyai pengalaman atau tidak..Kerana masalah yang timbul kebiasaan nya tidak sama disetiap kehamilan. Setiap orang juga mempunyai pengalaman tersendiri. Jom kita teroka.

Antara Masalah Yang Berlaku Ketika Hamil 

1. Masalah Cirit Birit Ketika Hamil

  • Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah masalah tersilap makan. Tentu sahaja bakal ibu berasa bimbang akan keselamatan anak dalam kandungan.
  • Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.
  • Kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. 

LAngakah Rawatan Awal

  • Banyak berehat kerana anda pasti keletihan akibat kehilangan banyak tenaga.
  • Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
  • Anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
  • Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
  • Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
  • Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
  • Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.

2. SEsak Nafas
  • Kadang kala ada ibu hamil yang sering mengalami masalah sesak nafas atau cepat berasa mengah sepanjang kehamilannya.
  • Ia akan mengganggu pergerakan anda dan lebih membuatkan tidak selesa, tiada ubat yang boleh menyembuhkan sesak nafas anda sepanjang tempoh kehamilan ini.

Tip mengurangkan masalah sesak nafas ketika hamil
  • Makan dengan teratur dan perhatikan apa yang anda makan. Makan makanan yang berkhasiat untuk ibu dan bayi namun jangan sampai berlebihan. Makan berlebihan hanya akan membuatkan berat anda naik mendadak sehingga sukar dikawal. Berat badan yang berlebihan hanya akan menambah kesukaran untuk ibu bernafas. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari serta jangan lupa minum air masak secukupnya. Ia penting untuk mengekalkan fokus dan tenaga anda.
  • Pastikan postur badan anda tetap tegap. Ini membantu bahu dan punggung menarik tulang rusuk sehingga memberikan sedikit ruang untuk paru-paru.
  • Duduk beberapa minit banyak membantu ibu hamil. Ini kerana duduk dapat membantu ibu menenangkan diri sehingga membolehkan bernafas dengan lebih tenang.
3. Perubahan Warna Kulit
  • Salah satunya adalah perubahan warna kulit di beberapa bahagian tubuh badan. Ada wanita hamil yang mengadu pelik melihat berlaku perubahan warna kulit di beberapa bahagian badan mereka seperti ketiak, celak paha, leher bahkan muka. Ia pastinya sesuatu yang kurang menyenangkan terutama sekiranya anda memiliki jenis kulit cerah namun ketika hamil, kulit menjadi gelap dan kusam.
  • Tetapi jangan bimbang kerana ia hanya perubahan hormon dan biasanya akan berakhir selepas anda melahirkan bayi. Bagaimanapun perubahan pada warna kulit yang terjadi kepada hampir semua wanita hamil adalah kulit areola payu dara menjadi lebih gelap berbanding sebelumnya. Ia adalah perkara normal akibat perubahan hormon badan kerana anda hamil.
  • Bahkan wujudnya titik-titik pada kawasan areola yang semakin jelas jika disentuh. Puting payu dara juga semakin meregang sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak. Di samping itu, jika anda perhatikan bahagian organ seksual anda turut mengalami perubahan warna menjadi merah muda keungguan.
4. Kekejangan
  • Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
  • Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
  • Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
Atasinya Dengan
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.

Tip elakkan kekejangan betis
  • Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
5. Tangan Bengkak
  • Terasa malu hendak menghulurkan tangan untuk bersalam kerana jari-jemari membengkak. Ia mungkin menjadi masalah anda ketika hamil. Tetapi bukan semua orang mengalaminya.
  • Mengapa masalah bengkak terjadi pada jari tangan dan buku lali di kalangan sesetengah ibu hamil? Masalah bengkak ketika hamil dikenali sebagai edema. Ia merupakan perkara biasa semama kehamilan kerana badan menyimpan lebih banyak air. Ini biasanya tidak perlu dirisaukan.
  • Antara simptom yang dialami adalah sedikit bengkakan pada buku lali, terutamanya apabila cuaca panas dan pada penghujung hari.
  • Sepatutnya, ini tidak akan menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa. Anda juga mungkin menyedari keadaan jari tangan yang kaku dan membengkak pada waktu pagi, dan cincin anda sudah tidak muat dipakai.
Apa yang perlu dilakukan?
  • Berehat dengan meletakkan kaki ke atas.
  • Cuba senaman kaki yang ringan. Pegang tangan anda di atas kepala, gerakan sendi, dan regangkan setiap jari.
  • Berjumpalah dengan doktor anda. Tanda bengkakan yang berlebihan mungkin petanda penyakit praeklampsia.
Sampai Disini Saja yang Farah dapat share..tetapi jika kita teoka lagi..MAsih banyak masalah yang terjadi dikalangan ibu mengandung.. Apa pon masalh yang anda alami,jangan malu dan takut untuk bercerita dan berjumpa doktor. Anda perlu mendapatkan nasihat supaya masalah tersebut tidak membayakan nyawa anda dan juga bayi anda. Semoga apa yang FArah kongsi ini memberi manfaat yang berguna untuk anda. Selamat untuk semua.

***cerdit to Majalah Pa&Ma

Supplement yang boleh diamalkan dalam kehamilan


Untuk Maklumat Lanjut Hubungi Saya
Farah 011-27794946 (sms/whatsapp)









Air Kosong - Tidak Untuk Bayi

Bayi baru lahir hanya memerlukan susu ibu sebagai sumber makanan utamanya sahaja, mengapa perlu diberi air kosong? Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak memerlukan sebarang air tambahan selain susu ibu kerana ia berupaya meragut nyawanya.




  • Ada ibu beranggapan air kosong perlu diberi kepada bayinya untuk membilas lidah yang diselaputi kesan putih selepas menyusu. Malah ada juga yang percaya air kosong dapat merawat jaundis yang dialami si comel
  • Perbuatan tersebut sebenarnya mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko kesihatan malahan boleh mengancam nyawa si kecil. Perlu diingat bahawa susu ibu sendiri mengandungi 88 peratus air! Jadi, bayi tidak memerlukan air tambahan.


  • Saiz buah pinggang bayi yang masih belum cukup matang akan membuatkan tubuhnya mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan. Akibat kehilangan garam, ia boleh mempengaruhi aktiviti otak bayi.


Antara Masalah Yang Boleh Terjadi


  • Mengancam nyawa -Air kosong yang diberi kemungkinan mengandungi kuman. Air yang dicemari kuman diperoleh daripada sumber yang tidak bersih. Oleh itu bayi terdedah kepada masalah cirit-birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.
  • Menghakis pelindung penyakit - Air kosong akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan minum air kosong berlebihan.
  • Sawan tarik - Bayi di bawah usia lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.
  • Merencatkan tumbesaran - Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang diperlukan. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi.
  • Menjejaskan akal - Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis. Pemberian air kosong hanya akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.


** Bayi boleh mula diberikan air kosong selepas berusia enam bulan keatas tetapi dalam kadar yang perlu sahaja. Pemberian air kosong berlebihan hanya membuatkan si manja kembung perut dan tidak selera untuk makan.Harap Berguna info yang FArah share hari ini...

Nak oder shaklee.?
Boleh. Farah 011-27794946 (sms/whatsapp)
FB :- Kecik Sangat

18 August 2014

Petua Mendidik Anak

Bagi para Ibu Bapa yang masih baru mendapat anak..Mesti ingin tahu tips @ petua mendidik anak yang betul. Setiap ibubapa pasti mahu kan yang terbaik untuk anak mereka. Seperti  FArah juga yang baru 1tahun 7bulan bergelar ummi.,Farah masih lagi belajar cara mendidik anak dengan baik dan mengikut ajaran agama Islam. Kadang kadang kita terlepas pandang,ataupun baru tahu cara kita mendidik anak adalah salah.. Xmengapa.,sebelum terlambat,kita perbaiki kesilapan kita untuk kebaikan anak. Dalam pada masa yang sama juga,kita perlu teruskan berdoa agar anak kita mudah menerima apa yang kita ajar kepada mereka.
Jom,Farah ada bagi sedikit tips mendidik anak..


Pertama
Setiap malam,semasa anak sedang tidur, kita wiridkan "Ya Latif" ke ubun-ubun anak seberapa banyak yang mungkin. 100 kali.

Kedua
Selepas wirid,bacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Insyirah. 1 Kali.

Ketiga
Memanggil nama nya,dan berbuallah dengan anak ketika anak sedang tidur. Berbual yang berusurkan nasihat,impian kita terhadap anak,bercerita. Berbicara dengan penuh kasih sayang,sesungguhnya setiap perkataan yang kita lontarkan keatas anak ketika anak tidur amat berkesan terhadap jiwa dan roh nya.

KeEmpat
Ketika kita baru lepas mengambil wuduk (ibu dan bapa ), rajinkan lah menyapu air wuduk yang masih basah ditangan ke muka dan ubun-ubun anak.

KeLima
Selalu bergurau,bermain dan sering mendengar keluhan anak. Walau sesibuk mana pon ibubapa,luangkan lah sedikit masa untuk anak-anak. Agar anak tidak merasa terpinggir,kesunyian. Cuba pahami kehendak anak-anak. Tapi perlu di awasi kehendak anak yang melampau.. Mendengar setiap pendapat dari anak yang mungkin berbeza dari pendapat kita. Dan cuba selesaikan dengan bijak.

KeEnam
Bersabar dan berfikiran positif. Ibu Bapa jangan sesekali meluahkan rasa marah terhadap anak secara keterlaluan. Bagi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Jangan sampai mendera.

KeTujuh
Ajar anak dengan sifat SIMPATI. Apabila berjumpa dengan orang lain yang berada di dalam kesusahan seperti orang meminta sedekah,hulurkan lah kepada anak duit dan suruh anak serahkan duit tersebut kepada orang yang susah itu. Walaupon hanya RM1, kita perlu mengajar anak kita bersedekah..

Ke Lapan
Menyuruh anak berdikari,. Seperti makan,pakai kasut @ selipar ketika hendak keluar rumah. Sebersar kuman yang kita jar kepada anak memberi impak yang besar terhadap perkembangan otak anak kita.

KeSembilan
Berikan anak anak makanan yang sihat untuk kebaikan pembesarkan anak. Ibubapa juga perlu menjaga sikap,seperti tidak bergaduh di depan anak anak.Bergaduh lah di dalam bilik dan tidak di dengari oleh anak. Jangan memberi tekanan kepada anak kerana akan memberi impak terhadap emosi anak dan sikap suka berdendam.

KeSepuluh
Jangan pilih kasih dan membezakan kasih sayang dan layanan terhadap anak anak lain. Sama ada anak lelaki atau perempuan didik lah secara seimbang.

Kesimpulannya, kita tidak boleh terlalu mengharap untuk menjadikan anak kita begitu sempurna di mata kita.. Biarlah anak menjadi diri mereka sendiri dengan bimbingan daripada kita yang tidak terlalu memaksa mereka. Tidak semua manusia sempurna. Sekian sahaja semoga apa yang Farah kongsi dapat membantu ibubapa muda mendidik anak menjadi anak yang baik,soleh dan soleha. Yang baik datangnya dari ALLAH, jagn buruk datangnya dari kesilapan FArah sendiri. Sekian Wassalam.



Supplement yang baikk untuk anak.











Untuk Tempahan Hubungi Saya.
Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)
FB :- Kecik Sangat














15 August 2014

G6PD

G6PD.? Ape tuu.? Penyakit ke.? huhuhuhu... Farah pon baru tahu yang G6PD adalah sejenis penyakit genetik.. Mana farah dapat...? Hasil dari perbualan group sid di telegram.. Perbualan antara kakak dan adik.,terhasil lah cerita G6PD.. Ape lagi Farah pon cari laa dalam en Google. Dan dapat laa sebasedikit tentang G6PD.. JOm Kita teroka..

Maksud G6PD

  • G6PD nama panjang nye Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase
  •  merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
  •  Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka.
  •  Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).

Kelebihan @ Kekurangan.?

  • Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. 
  • Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Jangan Risau

  • Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. 
  • Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
  •  G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria. oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan sebagai anemia hemolytik muncul.
  •  Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).
Bagaimana G6PD terhasil.?
  • G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. 
  • kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.
Komplikasi

  •  biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau komplikasi. 
  • Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. 
  • Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.
  •  G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki.
  •  Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. 
  • Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).
Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan 
  • Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria ) 
  • Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine. 
  • Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon). 
  • Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium). 
  • Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole. 
  • Miscellaneous 
  • Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi) 
  • Probenecid 
  • Dimercaprol (BAL) 
  • Flutamide (Eulexin) 
  • Methylene Blue 
  • Tolouidine Blue 
  • Napthalene ( ubat gegat )
Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan 
  • Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD
  • Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.
  • Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.
  • Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.
  • Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kadang-kadang berlakunya hemolisis.
  • Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.
  • Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.
  • Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.
  • Antara ubat-ubatan yang boleh diambil oleh pesakit kekurangan enzim G6PD:
  • Analgesics 
  • Acetaminophen ( paracetamol ) 
  • Aspirin ( boleh diberikan tapi dalam dos yang sederhana sahaja ) 
  • Auralgan 
  • Cardiovascular Agents 
  • Procainamide 
  • Quinidine 
  • Neurologic Agents 
  • Trihexyphenidyl 
  • Levodopa 
  • Phenytoin 
  • Antibiotics 
  • Chloramphenicol 
  • Chloroquine 
  • Isoniazid 
  • Probenecid 
  • Proguanil 
  • Pyrimethamine 
  • Miscellaneous 
  • Vitamin C 
  • Colchicine 
  • Diphenhydramine
Setakat ini sahaja yang FArah dapat share,.. Semoga ape yang Farah share sedikit sebanyak dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda @ pon mengenali penyakit yang kite tidak tahu kewujudannya.. Segala yang baik datang dari-NYA , segala yang buruk datangnya dari diri Farah sendiri. Minta ampun andai info yang Farah share tidak membantu anda.. Maaf dipinta.

Hubungi saya untuk pertanyaan Lanjut
Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)

Rahim Terbalik

Hari ini Farah nak share pasal tajuk Rahim Terbalik.. Info ini dikongsi oleh salah seorang sid dan beliau juga mempunyai rahim yang terbalik.Jika anda salah seorg dari nya,jangan risau,kerana sid tersebut sudah berkhawin dan dikurniakan 3 cahaya mata... Terbuktikan..? Setiap kejadiaan pasti ada kelebihannya.

Ape Itu Rahim Terbalik

  • Rahim terbalik @ nama lainnya Retroverted Uterus.
  • Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan. 
  • 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. 

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Rahim Terbalik

1.Sakit sewaktu berhubungan bersama suami
  • Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. 
  • Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.
  • Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. 
  • Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

2.Rasa sakit semasa haid
  • Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

3.Sakit pinggang yang kronik
  • Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.
Langkah Yang perlu Diambil
  • Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. 
  • Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.
  • Rahim terbalik tidak menghalang anda dari hamil seperti wanita lain. Sama seperti mereka,anda perlu menjaga pemakanan,mengambil supplement yang sesuai.
Kesimpulannya, rajin - rajin kan diri anda bertemu dengan doktor andai anda tahu diri anda bermasalah.. Usaha dan terus berdoa dan jagan mudah berputus asa..
Semoga apa yang Farah share nie dapat membantu anda dalam menyelesaikan segala masalah dan kerungsingan anda. Aamiin..




Untuk Lebih Penjimatan 
Hubungi saya. Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)

14 August 2014

Kesan Merokok

Perokok tegar.. Dah macam macam kempen yang kerajaan buat untuk mengurangkan kadar peroko tegar ini..tapi makin ramai pulak.. Dah letak gambar menakutkan pon xjalan.. Harga rokok dah naik pon...eh masih ramai yang masih beli.. Macam mana lagi yek.?

Keburukan 


1. Selaput bawah mata dan katarak mata

  • Jangan anda benci kalau anda tidak boleh nyenyak tidur malam kerana merokok dan anda akan kelihatan tidak cukup tidur.
  • Menurut kajian John Hopkins perokok 4 kali lebih besar kemungkinan tidak boleh berehat dibandingkan yang tidak merokok.
  • Katarak adalah sejenis kerusakan mata yang menyebabkan lensa mata berselaput dan rabun. Lensa mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya, bervariasi sesuai tingkatannya dari sedikit sampai keburaman total dan menghalangi jalan cahaya.
  • Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak. Hati-hati, kawan, katarak boleh menyebabkan buta.


2. Kulit bersisik

  • Kulit bersisik boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk yang tidak merokok. Tetapi resiko kulit bersisik amat tinggi bagi perokok.
  • Menurut sebuah kajian tahun 2007, jika anda mengisap satu bungkus rokok sehari selama 10 tahun atau kurang, risiko kulit bersisik meningkat 20%, 11-20 tahun risiko anda adalah 60% lebih tinggi, dan bagi mereka yang merokok lebih dari 20 tahun resiko meningkat 50 %,(malah kesan merokok semasa hamil atau masa kanak-kanak dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi.






4. Penuaan awal dan berkedut

  • Pakar sepakat bahawa merokok mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok.
  • Mengapa wajah berkedut? Merokok menghimpit kumpulan darah yang menjadikan jaringan kulit kelihatan kenyal.

5. Jari Kuning


  • Nikotin dalam asap rokok tidak hanya dapat membuat gigi anda (dan dinding rumah anda) coklat, tetapi juga membuat jari dan kuku anda kuning.

6. Rambut tipis


  • Selain kulit berkedut merokok juga merosakkan rambut anda . Menurut para pakar, kimia beracun dalam asap dapat merosakkan DNA pada folikel rambut dan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel.
  • Perokok memiliki rambut nipis yang cenderung gugur dan lebih cepat botak dari yang bukan perokok.
  • Menurut kajian di Taiwan tahun 2007 , lelaki perokok dua kali lebih cepat botak dari bukan perokok, disamping faktor genetik.


7. Bekas luka


  • Nikotin menyebabkan vasokonstriksi, penyempitan pembuluh darah yang dapat menghalang aliran darah kaya oksigen ke pembuluh darah di muka atau bahagian lain dari tubuh.
  • Ini bererti luka anda akan memakan waktu lebih lama untuk sembuh dan anda akan mempunyai parut luka yang lebih besar dan lebih merah daripada orang yang tidak merokok.

8. Gigi rosak

  • Merokok menempatkan anda pada risiko yang lebih besar untuk semua jenis masalah gigi, termasuk kanser mulut dan penyakit gusi.
  • Malah, menurut satu kajian di England tahun 2005 dalam Journal of Clinical Periodontology, perokok beresiko sehingga enam kali lebih besar dibanding bukan perokok untuk penyakit gusi, yang akan mengakibatkan hilangnya gigi.

9. Hilangnya aura semulajadi

  • Pernah perhatikan bagaimana kulit perokok 'kadang-kadang nampak seakan-akan mati? Satu kajian pada tahun 1985 datang dengan istilah Smoker's Face untuk menggambarkan karakter wajah tertentu, seperti berkedut, dan penampilan kulit kering, yang disebabkan oleh merokok.
  • Asap rokok mengandung karbon monoksida, yang menggantikan oksigen pada kulit anda, dan nikotin, yang mengurangi aliran darah, meninggalkan kulit kering dan berubah warna. Merokok juga menghabiskan banyak nutrion, termasuk vitamin C, yang membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit.

10. Penyembuhan luka lama


  • Pakar menemui kesimpulan bahawa perokok memerlukan masa lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan atau rawatan seperti face-lift, ekstraksi gigi, dan prosedur periodontal.



Banyakkan kesan Negatif nya. So, Berusaha lah ye kaum Adam untuk berhenti merokok secara perlahan lahan.. Sanyangilah duit anda sebagaimana anda sayangkan diri anda dan orang disekeliling anda.
Selamat Mencuba


Supplement Cadangan Yang boleh membantu anda






Untuk Penjimatan Hubungi Saya
Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...