31 December 2014

Anda Ingin Hamil.? Stabilkan Hormon Anda Dengan Gla Complex Shaklee





  • GLA Complex Shaklee diekstrak dari  borage yang mengandungi lebih dua kali ganda GLA dalam EPO. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA daripada sumber terbaik Omega-6. asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA) di gabung dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  

  • Kebiasaannya GLA digunakan untuk mengawal dan mengatur  kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain daripada itu, GLA Complex ini juga sesuai untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.



  • GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Supplement GLA asid linolek adalah sama penting seperti asid amino dimana asid yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan.  Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. 



Fungsi Dan Kebaikkan GLA Shaklee

1.Mengatasi masalah senggugut

GLA Complex menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

2.Membantu cepat hamil

GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan cairan serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Cairan ini yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

3.Membantu mendapatkan kulit yang sihat & bebas jerawat

GLA Complex bukan sahaja baik untuk kitaran haid dan menstabilkan hormon badan wanita tetapi juga anti inflamasi dan boleh merawat kulit muka dari dalam. Kandungan minyak borage di dalam GLA Complex ini boleh melembapkan muka dan merawat jerawat terutama yang ada jerawat batu serta yang ada masalah kulit muka kering dan kasar.

4.Membantu menurunkan paras kolesterol

GLA Complex pada asalnya bukan produk untuk kurus tetapi kandungan omega 6 di dalamnya membantu membakar lemak dan menghadkan selera makan kita. Ambil GLA Complex sebelum tidur supaya lemak dibakar ketika kita tidur.

5.Membantu menghalang komplikasi diabetis

GLAComplex membantumerendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas kesakitan di sebabkan oleh gula darah yang tinggi.

6.Bertindak sebagai anti-penuaan

GLA Complex baik untuk kesihatan, melembutkan dan menganjal kulit. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi omega 3 dan omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.

7.Menghalang tekanan darah tinggi 

GLA Complex bertindak untuk menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakmasalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infraction. 

8.Menghalang tambah berat badan

GLA bertindak menerendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, memanbah penambahan berat badan. Sesuai diambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper. 


Kita hanya mampu berusaha  tanpa berputus asa dan berdoa. Selebihnya, serahkan segalanya kepada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Segala yang diberi kepada kita, itu lah yang terbaik untuk kita. 

Bagi yang masih berusaha, teruskan usaha anda. InsyaAllah pasti ada hikmah di sebalik kejadiannya. Selamat mencuba.


Gla Complex : 60 biji : RM 91.25 
Sehari 2 biji,teruskan makan walaupun sedang priod. Berhenti jika sudah hamil


Ingin Buat Tempahan.? Hubungi Saya.


FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor. 

30 December 2014

CHECKLIST : Barang Keperluan Bersalin untuk Ibu dan Bayi di Hospital

Hari ini Farah hendak kongsi sedikit keperluan yang perlu di bawa ke hospital bagi ibu dan bayi anda. Dulu Farah siapkan keperluan ini sejak usia bayi dalam kandungan mencecah 9 bulan. Jom baca.




Keperluan Ini Perlu Sentiasa Di Bawa Kemana Sahaja Ibu Pergi ( Simpan Di Dalam Kereta )

Simpan Di Bag Baju 

IBU

  1. baju / blouses (5 helai)
  2. stokin (2 pasang)
  3. kain batik (2 helai)
  4. baju / seluar dalam (5 pasang)
  5. skaf kepala / ki / tudung (2 helai)
  6. peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi)
  7. tuala mandi
  8. maternity pad / pad biasa 1 pek
  9.  tuala muka (1 helai)
  10.  selipar
  11.  minyak angin
  12. air zam zam
  13. baju sejuk (sweater)
  14.  sikat
  15.  breast pad
  16. nursing bra

BAYI


  1.  baby diapers (6 keping)
  2. baju (3 pasang)
  3. minyak telon
  4. baby wipes / wet tissue
  5.  tuala mandi
  6. stokin / sarung tangan bayi (4 pasang)
  7. peralatan mandi
  8.  selimut / bedung
  9. barut
  10.  topi
  11. Tisu Basah

** Sediakan 1 helai baju bayi, 1 pasang stokin dan sarung tangan, selimut. Simpan di dalam 1 plastik kecil. Bila si ibu sudah di tolak ke dewan bersalin, keperluan ini diperlukan bagi menyambut bayi anda. 
Sediakan dahulu, simpan di dalam bag dan pesan kepada suami. Langkah ini bagi mengelakkan terlupa di kala kelam-kabut berlaku.

Keperluan Lain


  1. termos air panas
  2.  bag plastik
  3. Air masak
  4. biskut@roti
  5. Minuman 3 in 1 ( milo )

Simpan Di Handbag


  1. kad lawatan hospital / kad merah 
  2. kad pengenalan 
  3. telefon bimbit
  4. Cas
Semoga entry kali ini dapat membantu para ibu bapa yang buntu menyediakan keperluan yang perlu di bawa ke hospital. Sama-sama kita mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk semua.

Semoga kalian mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. Bagi yang belum mempunyai cahaya mata, jangan mudah berputus asa. Allah tidak akan menguji hamba yang tidak kuat.





Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee



FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

Testimoni Pilihan ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP - Soy Protein Isolate Powder
Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan
Kod Produk:11003 (850g)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal



Testimoni Pengguna ESP


















Anda ingin menjadi sebahagian dari mereka.? Jom tempah sekarang dan rasakan sendiri kelebihannya dan hasil yang terbaik.


Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee



FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

29 December 2014

Sejak Hamil,Isteri Saya Asyik Moody Je.. Apa Peranan Suami Ketika Isteri Hamil.?

Hari itu Farah dah bercerita mengenai peranan suami ketika isteri sedang sakit nak bersalinkan.? Hari ini, Farah kongsi pula peranan suami ketika isteri mengandung.

Tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami. 


Bagi mereka yang baru mengalami pengalaman ini, pastinya rungsing apabila isteri mereka selalu beremosi. 


Para suami sekalian anda perlu sentiasa bertanya kepada rakan atau sesiapa sahaja mengenai pengalaman mereka dalam hal ini.


Pastikan orang yang di tanya itu sudah berkhawin dan sudah mempunyai anak. Dan yang benar-benar boleh bagi anda tips.




11 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil


1. Luangkan masa bersama isteri.


Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. 


Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. 


Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. 


Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


2. Membantu menjaga pemakanan isteri


Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. 


Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).


Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. 


Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.


3. Memahami keadaan fizikal mereka


Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. 


Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. 


Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


4. Bersikap ringan tulang


Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu.


Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. 


Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.


5. Belajar psikologi 


Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosimahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. 


Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


6. Membantu menyiapkan hidangan 


Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. 


Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.


7. Membantu menjaga anak-anak yang lain 


Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. 


Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


8. Membawa isteri pergi kemana-mana


Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. 


Sebaiknya andakorbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.


9. Menabung dari awal


Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. 


Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga! :)


10. Kongsi maklumat kehamilan


Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. 


Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.


11. Hindari stres


Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. 


Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.


Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. 


Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.


8 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul Dan Selamat

Ketika dalam pantang dahulu,Farah tidak pernah mandikan anak Farah. Takut dan tak biasa. Ibu yang mandikan anak. Terima kasih ibu. 

Selepas berpantang, baru lah pandai mandikan bayi.. Itu pun dengan bantuan suami. Kalau mandikan seorang diri,memang takut. Farah dan suami masing-masing masih belajar menguruskan bayi. 





Farah sudah biasa dengan penjagaan bayi baru lahir ini. Kerana Farah menjaga 2 orang adik sewaktu mereka kecil dahulu. 

Hanya part mandikan sahaja yang mengambil masa untuk belajar.Suami sahaja yang agak kekok untuk menguruskan bayi. Dia kata , takut nak pengang budak kecil nie. Banyak yang Farah ajar suami ketika itu..



Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. 

Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Disini Farah kongsi sedikit ilmu mengenai cara mandikan bayi baru lahir dengan betul dan selamat.


Cara Mandikan Bayi Dengan Betul



  • Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


  • Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.



  • Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.



  • Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.




  • Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.



  • Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.



  • Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.



  • Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.




Anda juga boleh lihat video ini bagi memudahkan sesi pembelajaran anda:-




Semoga entry ini memberi manfaat dan ilmu yang berguna untuk anda. 








27 December 2014

Jaga Organ Hati Anda Dengan DTX Complex Shaklee

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.


Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.




Fungsi Hati


  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.




Tanda Organ Hati Tidak Sihat

1. Loya.

2. Muntah.

3. Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen.

4. Jaundice (sakit kuning) – kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi.

5. Keletihan, lemah dan turun berat badan.

6. Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti:

  •  Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah.
  • Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit.
  •  Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol.
  •  Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks.
  • Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan.





Jenis Penyakit

1. Hepatitis Berjangkit
Hepatitis bermakna keradangan sel hati disebabkan jangkitan.

Terdapat 5 jenis hepatitis, iaitu:

A. Hepatitis A
Hepatitis A ialah infeksi virus dan berjangkit melalui najis. Ia boleh menyebabkan keradangan hati akut yang selalunya boleh dirawat dengan suntikan vaksin. Jangkitan hepatitis A boleh dicegah dengan membasuh tangan bersih-bersih sebelum menyediakan makanan.

B. Hepatitis B
Hepatitis B berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks). Ia boleh menyebabkan infeksi akut atau boleh bertukar menjadi keradangan kronik yang akhirnya boleh membawa kepada cirrhosis dan kanser hati. Infeksi hepatitis B boleh dicegah dengan vaksin Hepatitis B.

C. Hepatitis C
Hepatitis C boleh menjadi hepatitis kronik. Ia berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis ini, dan hubungan seks). Hepatitis C kronik boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati. Tidak seperti virus hepatitis B, virus hepatitis C tidak boleh dimusnahkan dengan suntikan vaksin.

D. Hepatitis D
Virus hepatitis D ini memerlukan virus hepatitis B untuk hidup, dan ia juga berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks).

E. Hepatitis E
Virus hepatitis E berjangkit melalui makanan dan air yang tercemar dengan virus ini.


2. Penyakit hati berlemak

Pengumpulan lemak dalam hati yang boleh menyebabkan keradangan hati dan perlahan-lahan akan mengurangkan fungsi hati.

3. Hemochromatosis (terlebih zat besi)
Hemochromatosis ialah gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung dan akan menyebabkan keradangan, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan hati berfungsi. Hemochromatosis ini adalah penyakit keturunan.

4. Penyakit Wilson

Penyakit Wilson merupakan satu lagi penyakit keturunan yang mengganggu metabolisma kuperum (copper). Penyakit ini boleh juga menyebabkan cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.

5. Penyakit Gilbert

Penyakit Gilbert ialah ketidaknormalan dalam metabolisma bilirubin di dalam hati yang merupakan penyakit biasa. Penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi ia boleh didiagnosis dengan kenaikan paras bilirubin dalam darah. Penyakit ini tidak memerlukan apa-apa rawatan.

6. Kanser hati

Kanser hati primer berasal daripada sel dan struktur hati sendiri (contohnya, hepatocellular carcinoma). Kanser hati sekunder atau kanser metastatik pula bermula dari organ lain dan kemudian berjangkit ke hati melalui saluran darah. Kanser yang biasa berjangkit ke hati ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolon, kanser perut, kanser pankreas, leukimia dan Hodgkin lymphoma.

7. Sindrom Budd Chiari – Ketaknormalan aliran darah


Sindrom ini adalah disebabkan oleh darah beku yang terbentuk di dalam vena hepatik dan menghalang darah keluar dari hati. Ini akan meningkatkan tekanan dalam saluran darah di dalam hati, terutamanya dalam vena portal. Tekanan ini boleh menyebabkan sel hati mati atau cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. Di antara penyebab kepada sindrom ini ialah polycythemin (kiraan sel darah merah naik secara abnormal), penyakit sel sabit, dan kehamilan.

Supplement Cadangan Penjagaan Hati




DTX™ Complex

Kod Produk:10330 (90 kaplet)
Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati

90 biji : RM 155.00
1-2 biji sehari selepas makan

PERHATIAN : Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu. Untuk mengetahui vitamin untuk detoks yang selamat untuk ibu menyusu boleh hubungi saya.




Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee



FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...